Ahad, 3 Mei 2009

warisan saya diiktiraf Antarabangsa!



Treaty perjanjian dengan dua kuasa besar dunia ketika itu INGGERIS dan BELANDA jelas mengiktiraf Raja Ali selagi ada matahari dan bulan.
sila rujuk buku Arkib Negara HARI INI DALAM SEJARAH seperti di paparan sebelah kanan.

Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British maka itu perjanjian ini sah. Andainya kita merdeka dari JEPUN saya terima jika ia tidak laku.
dalilnya mengapa pulau BATU PUTIH dimenangi Singapura? Kerana bukti surat dari kerajaan British kepada kerajaan Johor ketika itu..

kepada pengomen bergelar TENGKU, saya tiada urusan dengan keturunan Syed yang mencuri takhta tersebut dan diberikan British kerana menjadi tali barutnya. Keluarga Arab tiada kena mengena dengan urusan warisan di raja Melayu di Tanah Melayu. Jika orang Melayu pergi haji dan umrah lebih 10 kali adakah dia layak bergelar Arab?
Saya percaya keturunan Syed ini akan bersungguh2 mengaku keturunan Nabi jika ada ganjaran disediakan untuk itu dan serta mertalah dibuangnya keturunan di rajanya..



18 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Ziarah Pak Raja,

Memahami sejarah dari konsep pemahaman/ketulenan/keaslian merupakan satu kesulitan kepada kami(generasi muda).

Kepada saya, kajian sendiri kadangkala lebih tepat dan besar maknanya bagi memecahkan tradisi sejarah ciptaan "INTELEKTUAL".

Sejarah adalah sejarah. Adakalanya, minda beku kerana teori yang khilaf mencerna setiap fakta. Saya yakin, kiranya ada pendirian teguh berkenaan tuntutan ini; maka sejarah Malaysia perlu ditulis semula.

Perhatikan sekeliling kita. Bagaimana, keturunan Diraja Brunei menuntut hak pemilikan tanah yang pernah menjadi jajahan takluk Kesultanan Brunei yang berjaya dalam tuntutan mereka. Pelik bukan?

Saya bukan mempersoalkan kerajaan beraja mereka. Cuma, jika mereka orang luar boleh diterima dan digunapakai sebagai bukti tuntutan; kenapa tidak bagi local Malaysia?!

Satu persoalan yang sukar diungkapkan maknanya! Apapun, saya berharap sejarah benar-benar ditulis atas kebenaran rentetan yang sebenar-benarnya!

Sekadar pandangan Anak Muda,

Jati Kg. Penajis.

tengku berkata...

kepada pengomen bergelar TENGKU, saya tiada urusan dengan keturunan Syed yang mencuri takhta tersebut dan diberikan British kerana menjadi tali barutnya. Keluarga Arab tiada kena mengena dengan urusan warisan di raja Melayu di Tanah Melayu. Jika orang Melayu pergi haji dan umrah lebih 10 kali adakah dia layak bergelar Arab?
Saya percaya keturunan Syed ini akan bersungguh2 mengaku keturunan Nabi jika ada ganjaran disediakan untuk itu dan serta mertalah dibuangnya keturunan di rajanya..SALAM PAK RAJA...GAYA MACAM MARAH DENGAN SAYA..SAYA PUN TIDAK SUKA DGN KETURUNAN SYED INI..DIALAH PENYEBAB KEKALAHAN DOL SAID SEMASA PERANG NANING DUA

Hamba Miskin berkata...

Salam ziarah tok..

Saya orang johol. Bersuku seri semelenggang. Ada riwayat mengatakan Tok Dol Said Panglima bersuku sama seperti saya. Benarkah? Dan benarkah suku sri semelenggang yang sepatutnya memegang Dato Undang? Harap tok bulih bantu..Assalamualaikum..

Tanpa Nama berkata...

APA KATA KULUP SAKAH PAMERKAN SALASILAH PAK RAJA...

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENDAPA MAKLUMAT DARI TENGKU HADI KETURUNAN SULTAN ABU BAKAR YANG MEMEGANG DOKUMEN PULAU BATU PUTIH BAHAWA PAK RAJA INGIN MENEMUINYA DI JOHOR BARU UNTUK URUSAN PENYELESAIAN HAK KERABAT DI TAMPIN...BETUL KER..

Tanpa Nama berkata...

sabar pak raja..tengku imam sedang bertungkus lumus utk menyiapkan salasilah diraja negeri sembilan...selepas ini yang dipertuan akan menggubal perlembagaan negeri sembilan...mungkin pak raja akan dijemput.harap pak raja sabar dengan dugaan allah bagi ..

Tanpa Nama berkata...

hari ini luak sungai ujong telah dilucutkan dan digantikan dengan waris yang betul...lambat laun luak tampin juga akan jadi begitu

tengku berkata...

bagaimana dengan raja perlis...syed jugak...macam mana nak kick diaorg macam pak raja nak kick syed razman

HeroMalaya berkata...

Pak Raja: Matahari itu tetaplah ianya matahari walau di balik awan yang gelap. Berlian itu tetaplah ianya berlian, walau jatuh ke dalam lumpur. Takdir, Suratan dan Masa - segala-galanya adalah mungkin.

Ihya: Seri Melenggang itu, asal pokoknya bercabang tiba. Di salah satu cabang itu diamnya Dato Dol Said. - Al-Fatihah

hamba berkata...

pak raja berjumpalah dengan tuanku mukriz...nasib baginda sama seperti pak raja...insya allah mesti dapat balek apa yang pak raja inginkan

hamba berkata...

Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan penuh keadilan serta menjaga keselamatan rakyat demi kemakmuran negeri ini.

‘‘Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz.

Nur Syafiqah Athirah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Syafiqah Athirah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
kepada secret garden sape nama dato anda itu?
saya juga keturunan dato naning.ayah saya merupakan salah seorang dato pembesar waris bagi wilayah naning.ayah saya meruppakan sepupu kepada YAM Dato Naning sekarang.lawatlah blog saye puterananing.blogspot.com

Nur Syafiqah Athirah berkata...

nama atuk saya Hasan bin abu bakar bin ranting..insya-allah saya akan melawat blog kamu..

abtahash berkata...

hahaha......hai sudin....kau tau aku siapa!!!!!!!. aku adalah raja....kata sudin. aku lah RAJA KAPOR......

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya saya x faham isu apa ni..
saya teringin nak tahu salasilah keluarga saya..Bermula dari Tengku Halimah ,kalau boleh diterangkan

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

alhamdulillah, skrg ni musim org melayu sedang mencari jati diri dan asal usul keturunan nya. semua nya telah ada yang tersirat di alam ghaib sinun, namun silah yg di surat ni lah yg jadi masaalah. ianya perlu di sahkan yg empunya waris yaitu tampok nya. kalu tampin ni asal nya rembau kenalah mintak pada tampok nya...baru lah di sahkan pewaris....namun kuasa belom tentu. dgn cara ini tak ada siapa yg bolih pertikan dan bila di perkenan kan dapat lah jawatan atau ahli kerabat tersebut. memandang kan waris tampin ni dah takde zuriat .........