Ahad, 14 Jun 2009

Malaysia ada kawasan HARAM ZIONIS!

Keturunan Syed shaaban alkadri dianugerah gelaran dan kawasan/wilayah TUNKU BESAR TAMPIN oleh Gabenor Sir Federick Well pada 1883 sama seperti wujudnya Negara Haram Israel (zionis) oleh British pada 15 mei 1948 disokong oleh Amerika dan Perancis.

Ingin Tahu adakah betul/bias dari perspektif bangsa melayu israel/yahudi menduduki bumi palestin/arab adalah HARAM tetapi keturunan Arab jadi Raja/Tunku di bumi Melayu/Malaya adalah HALAL/SAH TIDAK HARAM pula sedangkan kedua-duanya adalah dari kuasa penjajah British iaitu kerana jasa petualang.
Siapa lebih kejam dibandingkan CHIN PENG dengan syed shaaban?

MASTIKA-DISEMBER 1965
SEJARAH- REVOLUSI NANING DIBICARAKAN OLEH ZAKARIA AMIN


terjemahan rumi:-
"Tulang anjing dan tulang babi"
kerana tidak ada jalan lain untuk mematahkan perang Naning, Syed Shaaban yang mengetahui kedudukannya perkubuan Naning, telah memerintahkan orangnya menembak dengan tulang anjing dan tulang babi ke arah tabuh kesaktian Naning.
Menyentuh benda-benda najis memang menjadi kepantangan benda-benda sakti dan orang-orang yang sakti. Oleh yang demikian, demi tersentuh saja tulang babi dan tulang anjing itu kepada tabuh, tabuh kesaktian itu pun tidaklah berbunyi lagi. Dan hilang pulalah kesaktian tanah itu.
Orang-orang halus yang membantu Datuk Dol Said dan penduduk-penduduk Naning menentang pencerobohan Inggeris telah terpaksa menghilangkan dirinya; kerana kesaktiannya telah dinodai dengan adanya tulang babi dan tulang anjing itu.
Ketika itu bersorak-soraklah serdadu-serdadu Inggeris - Rembau itu. Serdadu-serdadu itu telah melakukan suatu perbuatan yang tidak dapat dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang-orang yang masih ingat sejarah Naning, iatu mereka membakar rumah-rumah dan merampas harta benda. Kerana kejadian yang tragik itulah maka serdadu-serdadu itu digelari oleh orang-orang Naning dengan gelaran " HULUBALANG LEPAS KE PADANG" (Lubalang lopaih ko padang).
Kerana kesaktian dirinya telah hilang - kehilangan baju dan kerisnya - dan kesaktian tabuh itu telah tiada lagi maka Datuk Dol Said telah tidak berdaya untuk ..............................