Jumaat, 24 April 2009

TUNTUT TAKHTA


Kronologi Tuntutan


Saya pernah mengesyorkan agar dibentuk suruhanjaya untuk membincangkan kesahihan fakta sejarah bagi menentukan siapa yang berhak mewarisi kebesaran diraja di Luak Tampin seperti keratan Berita Harian, Jumaat 20 Mac 1987 di bawah:-


Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan kemudiannya mengeluarkan kenyataan tidak akan melayan tuntutan keturunan baka Yam Tuan Raja Ali Rembau-Tampin di Berita Harian, 29 Julai 1987 (Rabu)

25 Ogos 1987 saya menulis menyatakan rasa kesal kerana masih tidak mendapat surat rasmi dari Dewan Keadilan dan Undang di atas keputusan mesyuaratnya seperti yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.


Dato' Rais Yatim ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan juga mengutus surat kepada saya dengan alasan seperti lampiran ini.




Tetapi dia tidak sedar bahawa surat tuntutan ini telah dikemukakan sejak 1946 oleh Allahyarham bapa saya dan seterusnya apabila penggubalan perlembagaan Malaya yang dipengerusikan oleh Lord Reid dengan ahli-ahli Suruhanjayanya:-


1. Sir Ivor Jennings- (UK)

2. Sir William McKell- (Australia)

3. Hakim Abdul Hamid- (Pakistan)

4. Hakim Abdul Malik- (India)

5. ? - (Kanada)


Setiausaha:-

1. Tuan H.P Haul- (ketua)

2. Tuan K. Hunderson- (penolong)


-mengeluarkan kenyataan supaya pertubuhan atau orang perseorangan bolehlah menghantar sepuluh salinan memorandum untuk memudahkan sekiranya ada perkara yang sepatutnya dipertimbangkan oleh suruhanjaya tersebut. Allahyarham bapa saya telah menghantar memorandum berkenaan hak warisan dirajanya di Negeri Sembilan pada 6 Julai 1956 tetapi hampa. (resit pos berdaftar penyerahan memorandum ada di atas sekali)



Khamis, 23 April 2009

LIHAT INI!


warisan mohar dan meriam