Ahad, 14 Jun 2009

Malaysia ada kawasan HARAM ZIONIS!

Keturunan Syed shaaban alkadri dianugerah gelaran dan kawasan/wilayah TUNKU BESAR TAMPIN oleh Gabenor Sir Federick Well pada 1883 sama seperti wujudnya Negara Haram Israel (zionis) oleh British pada 15 mei 1948 disokong oleh Amerika dan Perancis.

Ingin Tahu adakah betul/bias dari perspektif bangsa melayu israel/yahudi menduduki bumi palestin/arab adalah HARAM tetapi keturunan Arab jadi Raja/Tunku di bumi Melayu/Malaya adalah HALAL/SAH TIDAK HARAM pula sedangkan kedua-duanya adalah dari kuasa penjajah British iaitu kerana jasa petualang.
Siapa lebih kejam dibandingkan CHIN PENG dengan syed shaaban?

MASTIKA-DISEMBER 1965
SEJARAH- REVOLUSI NANING DIBICARAKAN OLEH ZAKARIA AMIN


terjemahan rumi:-
"Tulang anjing dan tulang babi"
kerana tidak ada jalan lain untuk mematahkan perang Naning, Syed Shaaban yang mengetahui kedudukannya perkubuan Naning, telah memerintahkan orangnya menembak dengan tulang anjing dan tulang babi ke arah tabuh kesaktian Naning.
Menyentuh benda-benda najis memang menjadi kepantangan benda-benda sakti dan orang-orang yang sakti. Oleh yang demikian, demi tersentuh saja tulang babi dan tulang anjing itu kepada tabuh, tabuh kesaktian itu pun tidaklah berbunyi lagi. Dan hilang pulalah kesaktian tanah itu.
Orang-orang halus yang membantu Datuk Dol Said dan penduduk-penduduk Naning menentang pencerobohan Inggeris telah terpaksa menghilangkan dirinya; kerana kesaktiannya telah dinodai dengan adanya tulang babi dan tulang anjing itu.
Ketika itu bersorak-soraklah serdadu-serdadu Inggeris - Rembau itu. Serdadu-serdadu itu telah melakukan suatu perbuatan yang tidak dapat dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang-orang yang masih ingat sejarah Naning, iatu mereka membakar rumah-rumah dan merampas harta benda. Kerana kejadian yang tragik itulah maka serdadu-serdadu itu digelari oleh orang-orang Naning dengan gelaran " HULUBALANG LEPAS KE PADANG" (Lubalang lopaih ko padang).
Kerana kesaktian dirinya telah hilang - kehilangan baju dan kerisnya - dan kesaktian tabuh itu telah tiada lagi maka Datuk Dol Said telah tidak berdaya untuk ..............................

Ahad, 3 Mei 2009

warisan saya diiktiraf Antarabangsa!



Treaty perjanjian dengan dua kuasa besar dunia ketika itu INGGERIS dan BELANDA jelas mengiktiraf Raja Ali selagi ada matahari dan bulan.
sila rujuk buku Arkib Negara HARI INI DALAM SEJARAH seperti di paparan sebelah kanan.

Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British maka itu perjanjian ini sah. Andainya kita merdeka dari JEPUN saya terima jika ia tidak laku.
dalilnya mengapa pulau BATU PUTIH dimenangi Singapura? Kerana bukti surat dari kerajaan British kepada kerajaan Johor ketika itu..

kepada pengomen bergelar TENGKU, saya tiada urusan dengan keturunan Syed yang mencuri takhta tersebut dan diberikan British kerana menjadi tali barutnya. Keluarga Arab tiada kena mengena dengan urusan warisan di raja Melayu di Tanah Melayu. Jika orang Melayu pergi haji dan umrah lebih 10 kali adakah dia layak bergelar Arab?
Saya percaya keturunan Syed ini akan bersungguh2 mengaku keturunan Nabi jika ada ganjaran disediakan untuk itu dan serta mertalah dibuangnya keturunan di rajanya..



Jumaat, 24 April 2009

TUNTUT TAKHTA


Kronologi Tuntutan


Saya pernah mengesyorkan agar dibentuk suruhanjaya untuk membincangkan kesahihan fakta sejarah bagi menentukan siapa yang berhak mewarisi kebesaran diraja di Luak Tampin seperti keratan Berita Harian, Jumaat 20 Mac 1987 di bawah:-


Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan kemudiannya mengeluarkan kenyataan tidak akan melayan tuntutan keturunan baka Yam Tuan Raja Ali Rembau-Tampin di Berita Harian, 29 Julai 1987 (Rabu)

25 Ogos 1987 saya menulis menyatakan rasa kesal kerana masih tidak mendapat surat rasmi dari Dewan Keadilan dan Undang di atas keputusan mesyuaratnya seperti yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.


Dato' Rais Yatim ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan juga mengutus surat kepada saya dengan alasan seperti lampiran ini.




Tetapi dia tidak sedar bahawa surat tuntutan ini telah dikemukakan sejak 1946 oleh Allahyarham bapa saya dan seterusnya apabila penggubalan perlembagaan Malaya yang dipengerusikan oleh Lord Reid dengan ahli-ahli Suruhanjayanya:-


1. Sir Ivor Jennings- (UK)

2. Sir William McKell- (Australia)

3. Hakim Abdul Hamid- (Pakistan)

4. Hakim Abdul Malik- (India)

5. ? - (Kanada)


Setiausaha:-

1. Tuan H.P Haul- (ketua)

2. Tuan K. Hunderson- (penolong)


-mengeluarkan kenyataan supaya pertubuhan atau orang perseorangan bolehlah menghantar sepuluh salinan memorandum untuk memudahkan sekiranya ada perkara yang sepatutnya dipertimbangkan oleh suruhanjaya tersebut. Allahyarham bapa saya telah menghantar memorandum berkenaan hak warisan dirajanya di Negeri Sembilan pada 6 Julai 1956 tetapi hampa. (resit pos berdaftar penyerahan memorandum ada di atas sekali)



Khamis, 23 April 2009

LIHAT INI!


warisan mohar dan meriam