Ahad, 14 Jun 2009

Malaysia ada kawasan HARAM ZIONIS!

Keturunan Syed shaaban alkadri dianugerah gelaran dan kawasan/wilayah TUNKU BESAR TAMPIN oleh Gabenor Sir Federick Well pada 1883 sama seperti wujudnya Negara Haram Israel (zionis) oleh British pada 15 mei 1948 disokong oleh Amerika dan Perancis.

Ingin Tahu adakah betul/bias dari perspektif bangsa melayu israel/yahudi menduduki bumi palestin/arab adalah HARAM tetapi keturunan Arab jadi Raja/Tunku di bumi Melayu/Malaya adalah HALAL/SAH TIDAK HARAM pula sedangkan kedua-duanya adalah dari kuasa penjajah British iaitu kerana jasa petualang.
Siapa lebih kejam dibandingkan CHIN PENG dengan syed shaaban?

MASTIKA-DISEMBER 1965
SEJARAH- REVOLUSI NANING DIBICARAKAN OLEH ZAKARIA AMIN


terjemahan rumi:-
"Tulang anjing dan tulang babi"
kerana tidak ada jalan lain untuk mematahkan perang Naning, Syed Shaaban yang mengetahui kedudukannya perkubuan Naning, telah memerintahkan orangnya menembak dengan tulang anjing dan tulang babi ke arah tabuh kesaktian Naning.
Menyentuh benda-benda najis memang menjadi kepantangan benda-benda sakti dan orang-orang yang sakti. Oleh yang demikian, demi tersentuh saja tulang babi dan tulang anjing itu kepada tabuh, tabuh kesaktian itu pun tidaklah berbunyi lagi. Dan hilang pulalah kesaktian tanah itu.
Orang-orang halus yang membantu Datuk Dol Said dan penduduk-penduduk Naning menentang pencerobohan Inggeris telah terpaksa menghilangkan dirinya; kerana kesaktiannya telah dinodai dengan adanya tulang babi dan tulang anjing itu.
Ketika itu bersorak-soraklah serdadu-serdadu Inggeris - Rembau itu. Serdadu-serdadu itu telah melakukan suatu perbuatan yang tidak dapat dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang-orang yang masih ingat sejarah Naning, iatu mereka membakar rumah-rumah dan merampas harta benda. Kerana kejadian yang tragik itulah maka serdadu-serdadu itu digelari oleh orang-orang Naning dengan gelaran " HULUBALANG LEPAS KE PADANG" (Lubalang lopaih ko padang).
Kerana kesaktian dirinya telah hilang - kehilangan baju dan kerisnya - dan kesaktian tabuh itu telah tiada lagi maka Datuk Dol Said telah tidak berdaya untuk ..............................

14 ulasan:

adat resam berkata...

memang betul la...saya penah dgr sejarah tulang babi kat naning tu..opah saya penah cerita

ingin tahi berkata...

kulup sakah pamerkan silsilah pak raja..baru best kitaorg mengkaji

ingin tahu berkata...

kulup sakah pamerkan silsilah pak raja..baru best kitaorg mengkaji

kulupSakah berkata...

akan diusahakan, tapi buat sementara di profil tu ada sedikit info asal pak raja

ingin tahu berkata...

ok saya sedia menanti

ingin tahu berkata...

bila nak pamerkan silsilah pak raja...saya nak buat thesis pasal pak raja ni

kulupsakah berkata...

kalau nak buat tesis kena jumpa pak raja face to face. boleh diuruskan.

~PakKaramu~ berkata...

Salam ramadan al mubarak

mcwood berkata...

Salam mo tau Jika Keterunan Paka Raja ada kaitan dengan Raja di Bukit Siguntang Palembang & Paresmewara di Tanjung Tuan N9?
Sekian
WS

Anak Rembau berkata...

Tak perlu dipaparkan silah Ayahcik di sini sebab ianya akan menimbulkan fitnah. Sekiranya ingin melihatnya, sila berjumpa dengan Ayahcik sendiri. Itu adalah yang sebaik-baiknya.

Saya masih ingat kata-kata Ayahcik...biar miskin harta jgn miskin budi bahasa (maruah)

mcwood berkata...

Siapa membunuh ia dibunuh
Tiada boleh disanggah
Tiada boleh ditentang
Siapa kuat dia kudrat
Siapa kuasa dia berjaya
Semua keputusan di tangan Raja

Tanpa Nama berkata...

sampai bila nak pamerkan dalam blog sahaja..buatlah press conference...tapi sy rasa orang pakaian berputih akan datang dalam mimpi pak raja...sabarlah...kalo hak pak raja..tak kemana..kalo hak orang lain yang pak raja yang tuntut..pak raja lah yang tanggung...jangan hanya berdasarkan salasilah pak salim yang pak raja gunakan...

Tanpa Nama berkata...

Semua nak salah kan keturunan aq nie dah kenapa..mmg masa dulu syed tuw berpakat untuk jatuh kan dol said..dan sbg ganjaran..ingg wujud kan wilayah tampin dan di beri kan pada syed..itu sudah perjanjian..dan telah termaktub dalam perlembagaan..

Tanpa Nama berkata...

Orang Bugis memang suka buat FITNAH!!! balik Sulawesi lah woiii!!!